Pendidikan Mohd Na'im Mokhtar

Beliau adalah lulusan Sarjana Muda Undang-Undang(LLB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Sarjana Undang-Undang (LLM) dari University of London, United Kingdom, Diploma dalam Undang-Undang Syariah dan Amalan (DSLP) dari UIAM, Diploma dalam Pentadbiran dan Kehakiman Islam (DAIJ) dari UIAM dan Doktor Falsafah (PhD) Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah dilantik sebagai Malaysian Cheavening Visiting Fellow Oxford University, United Kingdom bagi tahun 2008/2009 dan Visiting Fellow di Harvard Law School, Harvard University, Amerika Syarikat bagi tahun 2012/2013.[4]

Tiga buah universiti awam telah melantik beliau sebagai Profesor Adjung. Bermula dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa bagi sesi 2016 hingga sesi 2018 , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 hingga sesi 2019 sehinggalah kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkuatkuasa bagi sesi 2018 sehingga sekarang.